Anda disini : Home Utama Perutusan Pengerusi MASKOM

Pengerusi MASKOM

E-mail Cetak PDF

Pengerusi

Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM)
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) telah berjaya mewujudkan sebuah laman web yang lengkap dengan pelbagai maklumat dan berita terkini berkaitan perkembangan aktiviti yang dianjurkan oleh MASKOM.

Ini selaras dengan objektif penubuhan MASKOM, yang mana salah satunya adalah untuk menjadikan MASKOM sebagai satu badan induk yang mengamalkan aspek pengurusan professional, baik dari segi pengelolaan aktiviti, penganjuran pertandingan, mahupun pengurusan sumber manusia.

MASKOM telah berjaya menganjurkan pelbagai program sejak tahun 2007. Bermula dari peringkat wilayah hinggalah ke peringkat kebangsaan, MASKOM mula mengukir nama sebagai salah satu badan sukan yang berjaya melahirkan atlit berpotensi dan menyumbang kepada sukan negara.

Kelahiran MASKOM di peringkat Institusi Pengajian Tinggi adalah bertepatan dengan Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) yang menggariskan dua peranan IPT iaitu untuk “menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan peluang belajar kepada atlit sukan di IPT.”

Selaras dengan dasar IPT untuk mewujudkan ‘the thinking athletes’ atau atlit intelek yang berwawasan, maka MASKOM telah menyusunatur pelbagai program jangka pendek dan jangka panjang dalam usaha melahirkan atlit yang berkerjaya dan dapat menyumbang kepada pembangunan sukan Negara.

MASKOM juga sentiasa berusaha menyediakan infrastruktur dan bantuan kewangan kepada para atlit di Kolej Komuniti menerusi pelbagai insentif yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada semua Pegawai Sukan di setiap Kolej Komuniti yang sentiasa berdedikasi menyumbang tenaga dan masa tanpa jemu dalam usaha melahirkan atlit berwibawa dan berkualiti.

Akhir kata, semoga MASKOM terus cemerlang menempa nama di persada sukan tanahair.

“MASKOM PEMANGKIN KECEMERLANGAN SUKAN IPT”


Ishanuddin bin Hussin
Pengerusi
Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM)

Kemaskini terakhir ( Khamis, 28 Julai 2011 10:28 )  

Waktu Malaysia

Statistik Kunjungan

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini47
mod_vvisit_counterSemalam432
mod_vvisit_counterMinggu Ini47
mod_vvisit_counterMinggu Lepas3390
mod_vvisit_counterBulan Ini13204
mod_vvisit_counterBulan Lepas16601
mod_vvisit_counterKeseluruhan796133

We have: 1 guests, 5 bots online
IP Anda: 38.107.179.236
 , 
Hari Ini: Mei 20, 2012