Anda disini : Home Utama Perutusan Ketua Pengarah JPKK

Ketua Pengarah

E-mail Cetak PDF

KETUA PENGARAH
JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

"M
anusia yang berjaya adalah mereka yang bangkit dari kegagalan dan meneruskan perjalanan."



A
ssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

S

elamat  datang saya ucapkan kepada semua pelawat dan pengguna laman web Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM). Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi di atas kelahiran laman web ini yang akhirnya dapat diwujudkan. Saya berharap, laman web ini dapat memberikan segala maklumat yang tuan-tuan kehendaki terutama mengenai pencapaian-pencapaian MASKOM di dalam bidang sukan negara.

 

K
olej Komuniti telah berjaya menempa nama di dalam arena sukan seperti bola sepak, tae-kwon do, boling, dan beberapa acara sukan lain menerusi MASKOM. MASKOM dilihat mampu menjadi inkubator untuk melahirkan atlit yang berdaya saing dan bermutu tinggi, selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan IPT yang dirangka oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

O
leh itu, semua pihak diharapkan dapat memberi kerjasama di dalam menjayakan apa jua program di bawah jenama MASKOM. Ini kerana MASKOM dilihat mampu memberikan keseimbangan di antara sukan dan akademik di kalangan atlit mereka. Sukan yang berkualiti pasti dapat menjamin nilai tambah dan kebolehpasaran graduan yang tamat dari Kolej Komuniti. MASKOM juga telah menjalankan dan sedang merangka beberapa siri program yang berupaya menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan konsep 1Malaysia, dalam mempastikan objektif tersebut dapat dicapai.

M
ASKOM adalah platform terbaik untuk atlit mengembangkan bakat dan potensi, di samping menimba ilmu di dalam bidang akademik hingga ke puncak menara. Semoga usaha yang dijalankan oleh MASKOM pada masa akan datang memberikan pulangan yang lumayan kepada pembangunan sukan dan memperkasakan atlit di IPT dan negara.

 

MEJAR PROF MADYA KAMARUDIN BIN KASIM

Ketua Pengarah

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Kemaskini terakhir ( Jumaat, 12 Februari 2010 11:04 )  

Waktu Malaysia

Statistik Kunjungan

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini47
mod_vvisit_counterSemalam432
mod_vvisit_counterMinggu Ini47
mod_vvisit_counterMinggu Lepas3390
mod_vvisit_counterBulan Ini13204
mod_vvisit_counterBulan Lepas16601
mod_vvisit_counterKeseluruhan796133

We have: 1 guests, 5 bots online
IP Anda: 38.107.179.240
 , 
Hari Ini: Mei 20, 2012