- Menjadi badan induk yang menentukan dasar dan mengawal perancangan dan pelaksanaan program sukan antara KOLEJ KOMUNITI Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Mempertingkatkan dan membangunkan sukan di kalangan pelajar KOLEJ KOMUNITI selaras dengan perkembangan sukan negara.
- Menyelaraskan syarat dan peraturan pertandingan sukan antara KOLEJ KOMUNITI.
- Mempertingkatkan kemahiran pengurusan sukan secara profesional dari aspek pengelolaan pertandingan, pengurusan pasukan, kejurulatihan dan kepegawaian kepada pelajar dan staf KOLEJ KOMUNITI.
- Memupuk semangat perpaduan, kerjasama, kekeluargaan, nilai-nilai murni dan sahsiah sepadu di kalangan pelajar dan staf KOLEJ KOMUNITI serta komuniti setempat.
- Menjadi badan perantara dengan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan di mana perlu bagi mendapatkan kerjasama dari segi penganjuran atau penyertaan dalam satu-satu kejohanan sukan.
- Menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara.














